Wednesday, December 20, 2023

Budaya Joget dan Minum Arak Dalam Masyarakat Orang Asli - Sampai Bila?

Admin nak berkongsi sedikit pendapat dan juga pengalaman pasal budaya joget dalam masyarakat orang asli. Tipulah kalau dulu admin tak pernah pergi joget. Admin pernah pergi. Paling jauh admin pergi ialah di Kg Sungai Lalang, Semenyih (mesti dapat agak admin ni dari negeri mana 😛). Biasalah jiwa muda. Malam masih muda kata orang. Selagi jiwa muda, kasi lenjan lah. 

Tapi Sekarang admin dah tak pergi dah joget. Nak kata faktor usia pun tak jugak sebab admin dah tak pergi masa umur menjangkau 22 tahun. Masih muda kan. Admin dah ada kesedaran. 

Adalah beberapa sebab admin dah tak pergi. Ini berdasarkan pandangan admin. Nak setuju atau tak tu terpulang. Ini sebab admin sudah ada pengalaman pergi joget dan admin bolehlah bagi pandangan. 

Sebenarnya perbuatan pergi joget ini adalah perbuatan yang sia-sia. Tak mendatangkan faedah pun. Banyak membuang masa. Merosakkan diri sebab minum air arak. Tipulah kalau pergi joget tak tunggang air tu. Itu tak apalah lagi. Ini dia ambil ganja sekali supaya bila dah joget tu tak adalah rasa malu sangat. Boleh pusing-pusing kepala layan muzik dari band kugiran. Orang lain tengok pun geleng-geleng kepala. 

Rasa malu bila awal-awal pagi, anak muda belia orang asli tertidur di parit dan di bahu jalan sebab mabuk. Yang tua pun sama je 2 kali 5. Malu woi bangsa lain tengok pada anak bangsa orang asli ni. 


Ada sebahagian anak belia muda kita ni jenis langgar undang-undang jalan raya. Motor pulak tak ada lesen. Jenis hardcore terus terjah je. Bila ada sekatan jalan raya, tak berhenti pun. Terus lari je. Kan membahayakan diri tu. Kalau ada lesen tak apalah jugak sebab yakin bila ditahan oleh polis trafik, selamba je tunjuk lesen. Melainkan kau layan engkem, layan ganja ke, mata pulak merah-merah confirm2 sangkut punya. Itulah kan bodoh tak boleh diajar. Dah menyusahkan mak bapak kau. 

Sebab yang lain pulak sebab ia membuang masa. Malam minggu sepatutnya kau lepak kat rumah bersantai dengan famili kau tapi kau kaki ligat pergi joget. Balik pulak awal pagi dalam keadaan mengantuk. Hari ahad kau bantai tidur sampai petang sebab waktu tidur kau dah terganggu dek kerana pergi joget yang tak ada faedah tu.

Adalah juga geng2 tua ni kata berjoget ni boleh bersenam dan menggeluarkan peluh. Dia cakap ada kebaikkan berjoget. Memanglah ada kebaikan tapi banyak keburukkan dari kebaikkan. Kebaikkannya sikit je dari keburukan. 

Itu tak cerita lagi ada kes kena tangkap basah. Tup-tup siasat punya siasat laki/bini orang. Ah sudah kena berkumpul pulak untuk setelkan. Yang laki orang tu tak sedar ada bini kat rumah tengah bersengkang mata jaga anak-anak. Kau pulak cari pucuk tua nak buat stok penyedap. Yang bini orang pulak sama je perangai. Mungkin sebab laki dia tak berguna dan kaki botol, dia pun nak enjoy diri nak cari teman baru. Last-last kena tangkap basah. 

Ada juga kes gaduh melibatkan bangsa lain yg datang tak diundang ke majlis joget orang asli. Bangsa lain ni pulak kacau anak dara orang asli, Ah sudah jadi kes gaduh pulak. Eloklah sekarang ni kalau nak buat joget perlu mendapatkan permit dari pihak polis, permohonan kawalan keselamatan RELA dan dihadkan berjoget hingga ke pukul 12 pagi je. 

Itu tak termasuk lagi sikap tak bertimbang rasa antara kg yang bukan kg orang asli. Kalau kg terletak di ceruk pendalaman tak apalah jugak kan. Ini kg orang asli sebelah kg atau taman perumahan melayu/india/cina, dah terganggu hari rehat dorang pada hujung minggu. Patut hadkan waktu berjoget pada waktu 12 pagi je. Mereka pun ada hak juga. Jangan kita pentingkan diri sendiri. Kita kena ada rasa bertolenrasi. 

Jadi itu sahaja pendapat dan pandangan admin pasal joget ni. Ini adalah pandangan admin. Nak setuju atau tak bersetuju itu terpulanglah.

Saturday, June 26, 2021

Kes Covid Pertama Di Kg Orang Asli Sungai Bumbun

Kg Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor telah merekodkan satu kes pertama positif Covid-19 melibatkan seorang perempuan berumur 63 tahun dan seorang lelaki berumur 36 tahun. 

Pesakit perempuan tersebut mengadu mengalami demam pada hari isnin dan beliau hanya menelan paracetamol bagi meredakan demam. Demam bertambah teruk pada pagi rabu dimana beliau hilang selera makan, suhu badan mencecah 39 darjah selsius dan didapati tidak bermaya. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Banting bagi mendapat rawatan lanjut. Setelah diperiksa dan membuat ujian calitan, beliau didapati positif Covid-19. 

Manakala bagi pesakit lelaki pula telah membuat ujian calitan di KK Telok Panglima Garang dan didapati positif dan dinasihatkan kuarantin di rumah sementara menunggu ambulan ambil. 

Kedua-dua pesakit telah mendapat rawatan masing-masing di Hospital Banting dan PKRC MAEPS Serdang. 

Kontak rapat juga turut dikesan bagi mengekang penularan wabak ini. Kesemua ahli keluarga pesakit turut dibuat ujian calitan (swab test).


an tambahan kedua-dua pesakit adalah pekerja pembersihan di sektor kerajaan di Putrajaya.

Kes ini merupakan kes pertama covid-19 di Kg Sungai Bumbun semenjak covid melanda negara pada awal tahun 2020. 

Diharap semua ibubapa menjaga dan memantau anak masing-masing dari bermain di luar rumah. 

Patuhi SOP dan jaga diri. 

Covid itu benar.